Seandainya hatimu adalah sebuah system,
Aku akan buatkan hatimu hanya ada satu partition sahaja iaitu partition C. Tiada partition untuk D drive, E drive dan sebagainya agar hatimu tetap pada yang satu. Akan ku format hatimu kepada jenis system yang paling baru agar system yang lama yang telah kau tangisi dengan kesakitan, kepedihan, kesengsaraan, kesedihan, yang sering melandamu dengan pelbagai masalah. Tidak ku sanggup melihat hatimu dipecahkan kepada beberapa partition agar satu partition yang telahku create, di situlah menyimpan segala kenangan, pengalaman kita bersama. Setelah selesai diprogramkan, akan ku masukkan perisian-perisian yang melengkapkan lagi hidupmu sepanjang kamu bersamamu. Sebagai melindungimu dari sebarang ancaman luar yang sering mengganggumu, akan ku install kan systemmu dengan antivirus yang berkuasa dan antispyware yang mampu menangkis segala ancaman yang boleh memberatkan hatimu untuk menyatakan kesediaan menerimaku.
Seandainya hatimu adalah sebuah system,
Saat semua request-ku diterima aku akan menyimpan terus di storan untuk mengetahui bug terbarumu maka aku akan patch dan patch terus, aku akan jaga service-mu jangan sampai crash dan aku akan menjadi firewallmu, aku akan pasang ports entry, dan setting error pagemu ” The page cannot be found because Has Been Owned by Someone get out!” aku janji tidak ada macelinious program atau service yang hidden, kerana aku sangat sayang dan mencintaimu.
Seandainya hatimu adalah sebuah system,
Jangan ada kata “You don’t have permission to access it” untuk aku, kalau ada, mahu di ping flood Atau DDos Attack. Kamu harus menjadi sang bidadari penyelamatku.
Seandainya hatimu adalah sebuah system,
Jika hatimu dilanda pelbagai masalah di sekeliling mu, akan ku check mu di command prompt dan lihat sendiri masalah di dalamnya. Pertama C:\Users> chkdsk /f, atau chkdsk /r, di situ tersenarailah segala permasalahan yan tersedia ada dalam jiwamu. Bagi mengatur susun langkah hidup kita berdua, akan ku defragment mu agar tiada lagi gundah gulana dalam pemikiran mu.
Seandainya hatimu adalah sebuah system?
Tapi sayang hatimu bukanlah sebuah system, kamu adalah sang bidadari impianku, yang telah mengacaukan systemku! Suatu saat nanti aku akan datang dan mengatakan kalau di hatiku sudah terkena virus yang menghanyutkan, tidak ada antivirus yang dapat menangkalnya selain …kamu.
SURAT CINTA SEORANG HACKER